top of page

Kata-kata Aluan Mufti Jfifa503

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya  amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta keizinannya jua, Jabatan Mufti Jfifa503, telah berjaya membina laman web untuk tatapan masyarakat Islam negeri ini khasnya dan seluruh umat Islam seluruh dunia.

Dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini,  kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dan dikongsi bersama. Justeru, Jabatan Mufti Jfifa503 mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk memberikan pelbagai pendekatan untuk memberikan maklumat yang tepat dan aktiviti Jabatan dengan lebih telus bagi kemudahan masyarakat amnya.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan sebaiknya dan penuh hikmah, dan dapat mengemukakan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal agama Islam, mahu pun aqidah, syariah dan falak syar'ie. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dan semoga Allah S.W.T memberkati.

Kesimpulannya, penubuhan Jabatan Mufti Jfifa503 ini mempunyai matlamat dan harapan yang tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjadi rujukan permasalahan agama yang tertinggi.

Sekian, wassalam

Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Mohd Noor.

jabatan mufti jfifa503
jfifa503

Pautan Lain

Bilangan Pelawat

KEMASKINI TERAKHIR

: 9 OKTOBER 2012 

:02.00AM

© 2012 by Jabatan Mufti jfifa503. PENAFIAN : Jabatan Mufti jfifa503 tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.

Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 7 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024x768).

bottom of page